Gambar Terkini

Bola Keranjang Perempuan - DSC_0087    Bola Keranjang Perempuan - DSC_0086    Bola Keranjang Perempuan - DSC_0085    Bola Keranjang Perempuan - DSC_0084    Bola Keranjang Perempuan - DSC_0083    Bola Keranjang Perempuan - DSC_0082    Bola Keranjang Perempuan - DSC_0081    Bola Keranjang Perempuan - DSC_0080    Bola Keranjang Perempuan - DSC_0079    Bola Keranjang Perempuan - DSC_0078   
Kata Alu-Aluan Pengetua PDF Print E-mail
Written by Briged Bestari 2008   
Friday, 14 March 2008

KATA ALU-ALUAN

PENGETUA SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABDUL HALIM

 

 

 

 

                 
 
 
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama melahirkan rasa kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya maka majlis gilang gemilang tahunan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dalam mana-mana organisasi yang berkesan, budaya kerja berprestasi tinggi adalah mercu tanda komitmen, kemahiran dan kesungguhan yang jitu. Antara ciri budaya kerja berprestasi tinggi ini ialah penghargaan dan pengiktirafan kepada setiap individu yang telah memberikan sumbangan yang bermakna kepada sekolah. Oleh itu, Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) adalah memenuhi matlamat dan keperluan yang disebutkan di atas.

Dalam arus globalisasi kini, pendidikan merupakan wahana utama yang berperanan mencorakkan kualiti insaniah yang berketrampilan dan berwawasan. Kecemerlangan seseorang pelajar bukan sahaja diukur daripada pencapaian akademik tetapi kemampuan sahsiah dan sikap  bertanggungjawab turut diambil kira seperti mana yang terkandung dalam falsafah dan misi Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Bagi menjayakan program dan majlis yang besar ini, sememangnya melibatkan banyak tenaga sama ada dari warga Jenan mahupun dari pihak luar. Kejayaan ini tidak akan diperoleh tanpa sokongan, kerjasama, pengorbanan dan keikhlasan pelbagai pihak. Setinggi-tinggi penghargaan serta ribuan terima kasih untuk semua.

Akhir kata, saya bagi pihak warga Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) memohon  kemaafan andai kata terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan sepanjang berlangsungnya program Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) ini. Sebagai tuan rumah, kami telah berusaha menyusun program serta mengatur persiapan yang terbaik dan termampu. Semoga Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) ke-35 akan berlangsung dengan jayanya dan mendapat keberkatan Allah S.W.T.

 

Sekian, terima kasih.

HAJI AHMAD BIN DIN

 
Last Updated ( Friday, 14 March 2008 )
 
< Prev   Next >
Arkib Berita
Friday, 23 May 2008 | Briged Bestari 2008The Battle is About to Start

00:54 |        The basketball and debates will start tomorrow early in the morning. Many of the debates team had their discussion tonight at every prep room. Also the basketball...
+ Full Story

Thursday, 22 May 2008 | Briged Bestari 2008ALHAMDULILLAH.....

23:27 |        Bermula pada pagi tadi, satu per satu sekolah asrama penuh telah selamat tiba di SMSAH.Walaupun cuaca pada tengah hari tadi hujan buat sementara waktu, namun itu tidak...
+ Full Story

Another Articles
  • Ketibaan Kontinjen SMS Miri Dan SSP
  • Bahang Semakin Dirasai
  • Selamat Datang