Gambar Terkini

Bola Keranjang Perempuan - DSC_0087    Bola Keranjang Perempuan - DSC_0086    Bola Keranjang Perempuan - DSC_0085    Bola Keranjang Perempuan - DSC_0084    Bola Keranjang Perempuan - DSC_0083    Bola Keranjang Perempuan - DSC_0082    Bola Keranjang Perempuan - DSC_0081    Bola Keranjang Perempuan - DSC_0080    Bola Keranjang Perempuan - DSC_0079    Bola Keranjang Perempuan - DSC_0078   
Piala Pusingan PDF Print E-mail
Written by Briged Bestari 2008   
Friday, 14 March 2008

 PIALA PUSINGAN BAHAS BAHASA MELAYU

 

     Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri yang menjadi acara tahunan dalam Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh telah bermula semenjak tahun 1974 lagi. Piala Perdana Menteri Bahasa Melayu yang merupakan Piala Pusingan pertandingan ini telah disumbangkan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Haji Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua. Reka bentuk piala ini telah dihasilkan oleh Y.B Datuk Baharuddin bin Kassim arkitek dari Jurubina Bertiga, Petaling Jaya, Selangor, bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar yang jugabertanggungjawab dalam mereka bentuk Masjid Negara. 

   Pada bahagian atas piala ini terdapat 8 bulan sabit yang melambangkan lidah-lidah dan pecahan bulan-bulan sabit yang bercantum di hujung, melambangkan mulut–mulut anggota pemidato. Reka bentuk bulan melambangkan bulatan dunia

dan diertikan luasnya pengetahuan yang perlu dikuasai oleh seseorang yang

mengambil bahagian dalam pertandingan bahas.

 

 

 

 

 

PIALA PUSINGAN BAHAS BAHASA INGGERIS

 

  Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri yang pada awalnya dijalankan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah diadakan mulai tahun 1974. Walau bagaimanapun piala pusingan hanya disediakan untuk pemenang bahas Bahasa Melayu.  Apabila kedudukan dan penggunaan Bahasa Melayu telah bertapak dengan kukuh dalam sistem pendidikan negara, kerajaan merasakan penekanan terhadap Bahasa Inggeris perlu diberi perhatian. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan pada masa itu mengemukakan permohonan ke Jabatan Perdana Menteri bagi tujuan mendapatkan sumbangan. Y.A.B Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada waktu itu bersetuju menyumbangkan sebuah piala pusingan yang sama dari segi reka bentuk dan saiz. Mulai tahun 1991, sebuah piala pusingan disediakan untuk pemenang Bahas Bahasa Inggeris.  

 

 

PIALA PUSINGAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG

 

  Pertandingan bola keranjang lelaki  antara Sekolah Berasrama Penuh mula diadakan pada tahun 1974 bagi merebut Piala Tun Dato’ (Dr.) Haji Hamdan Sheikh Tahir sementara pertandingan bola keranjang perempuan bermula pada tahun 1976 bagi merebut Piala Toh Puan Datin Hajah Siti Zainab. Tujuan pertandingan ini adalah untuk mencungkil dan mengasah bakat pelajar-pelajar Melayu dalam permainan bola keranjang yang selama ini dipelopori oleh kaum-kaum lain. Selain itu, permainan ini agak agresif dan berupaya meningkatkan kecergasan fizikal dan mental, di samping memerlukan semangat kerjasama sepasukan yang tinggi bagi memburu kemenangan. Pada tahun 1990, piala pusingan yang pertama ini telah dihadiahkan terus kepada Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak dan Sekolah Seri Puteri, Kuala Lumpur kerana kedua-dua buah sekolah ini merupakan pasukan yang paling kerap menjuarai pertandingan sejak tahun 1975. Bermula tahun 1991, Tun Dato’ (Dr.) Haji Hamdan Sheikh Tahir dan Toh Puan Datin Hajah Siti Zainab sekali lagi telah bermurah hati menganugerahkan sebuah piala pusingan baru untuk pertandingan berprestij ini. Piala yang menjadi lambang kehebatan pasukan yang berjaya menggondolnya sentiasa menjadi idaman dan rebutan setiap kontinjen yang bertanding.

 

 
Last Updated ( Friday, 14 March 2008 )
 
< Prev   Next >
Arkib Berita
Friday, 23 May 2008 | Briged Bestari 2008The Battle is About to Start

00:54 |        The basketball and debates will start tomorrow early in the morning. Many of the debates team had their discussion tonight at every prep room. Also the basketball...
+ Full Story

Thursday, 22 May 2008 | Briged Bestari 2008ALHAMDULILLAH.....

23:27 |        Bermula pada pagi tadi, satu per satu sekolah asrama penuh telah selamat tiba di SMSAH.Walaupun cuaca pada tengah hari tadi hujan buat sementara waktu, namun itu tidak...
+ Full Story

Another Articles
  • Ketibaan Kontinjen SMS Miri Dan SSP
  • Bahang Semakin Dirasai
  • Selamat Datang